Friday, 8 September 2017

# resepi

Prego Chicken Mushroom

Assalamualaikum, hari ini kak ju nak kongsi produk Prego yang huda cuba iaitu Chicken Mushroom


kak ju  ikut resepi belakang tin prego terbaru ni - Chicken Mushroom ni masak dengan pasta jenis spiral. 

Alang-alang MYDIN tengah buat promosi Pasta Prego ni RM2.99 jer murah kan?
Sos Prego terbaru ni pula berharga RM4.40 di MYDIN

Harga yang boleh dikatakan murah la kan untuk nikmati pasta sendiri dirumah. Kalo makan kat luar jangan harap la dapat makan pasta below RM10.

Di bawah huda kongsikan resepi yang huda rujuk belakang tin prego baru ni dan olah ikut kreativiti sendiri. 

Resepi Chicken Mushroom Versi #hudacooking

1) Rebus separuh spiral prego di dalam air mendidih selama 10-15 minit. Perasakan sedikit garam untuk jadikan pasta lebih sedap.
2) Sementara menunggu pasta spiral masak, potong dada ayam jadi kiub kecil ( terpulang nk byk mana)
3) Kemudian perap sebentar dengan black pepper dan 2 ulas bawang putih yang di tumbuk.
4) Selepas perap ayam dalam 15 minit, panaskan 2 sudu olive oil dan masukkan ayam tadi
5) Goreng sebentar kemudian masukkan Sos Prego Chicken Mushroom dan 1 cawan air.
6) Biarkan mendidih sebentar.
7) Sedia dihidang bersama pasta spiral!

Mudah kan?



No comments:

Post a Comment