Friday, 8 September 2017

Prego Chicken Mushroom

18:19 0 Comments
Assalamualaikum, hari ini kak ju nak kongsi produk Prego yang huda cuba iaitu Chicken Mushroom


kak ju  ikut resepi belakang tin prego terbaru ni - Chicken Mushroom ni masak dengan pasta jenis spiral. 

Alang-alang MYDIN tengah buat promosi Pasta Prego ni RM2.99 jer murah kan?
Sos Prego terbaru ni pula berharga RM4.40 di MYDIN

Harga yang boleh dikatakan murah la kan untuk nikmati pasta sendiri dirumah. Kalo makan kat luar jangan harap la dapat makan pasta below RM10.

Di bawah huda kongsikan resepi yang huda rujuk belakang tin prego baru ni dan olah ikut kreativiti sendiri. 

Resepi Chicken Mushroom Versi #hudacooking

1) Rebus separuh spiral prego di dalam air mendidih selama 10-15 minit. Perasakan sedikit garam untuk jadikan pasta lebih sedap.
2) Sementara menunggu pasta spiral masak, potong dada ayam jadi kiub kecil ( terpulang nk byk mana)
3) Kemudian perap sebentar dengan black pepper dan 2 ulas bawang putih yang di tumbuk.
4) Selepas perap ayam dalam 15 minit, panaskan 2 sudu olive oil dan masukkan ayam tadi
5) Goreng sebentar kemudian masukkan Sos Prego Chicken Mushroom dan 1 cawan air.
6) Biarkan mendidih sebentar.
7) Sedia dihidang bersama pasta spiral!

Mudah kan?



TIPS ELAK KESESAKAN LALU LINTAS

18:02 0 Comments

Hari ini tercetus idea nak kongsi pengalaman peribadi kak ju dalam elakkan kesesakan sama ada balik ke kampung atau pulang semula ke rumah sendiri dari kampung. 

kak ju ada buat kajian sedikit tentang pattern pemandu di Malaysia ini ada macam-macam jenis. Ada yang suka driver waktu pagi, ada yang suka drive waktu malam. 
Hasil observation kak ju, kak ju dapat ringkaskan beberapa tips yang buatkan kak ju berjaya elakkan kesesakan jalanraya terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. 

Tips #1

Waktu terbaik nak mulakan perjalanan adalah waktu PAGI sebelum subuh. 

Cuba tanya diri anda, sanggup berkorban tidur lambat atau berkorban bangun 3 pagi semata-mata nak elak jem?

Bagi kak ju dan suami, kami memang pilih waktu PAGI sebelum subuh untuk travel. Sebab kebarangkalian pemandu yang sanggup bangun pagi sebelum subuh adalah sedikit. 

Maka secara automatik, kesesakan jalanraya dapat dielakkan. 

Pengalaman travel, timur ke selatan, ke barat ke utara, memang terbukti berkesan jika mulakan perjalanan jauh seawal pagi, berbanding waktu lain. 

Jimat masa dan tenaga, dan jimat duit minyak yang paling penting sebab harga minyak makin mahal kan?

Gerak awal, sampai awal, kemudian baru la rehat dan tidur sepuas-puasnya. 

Tips #2 

Amalan sebelum musafir. 

Pastikan solat sunat musafir 2 rakaat sebelum memulakan perjalanan. 

Panjatkan doa dan tawakal agar Allah permudahkan perjalanan. 

InshaAllah, perjalanan lancar dengan izinNya.

Tips #3

Solat Awal Waktu - Jama' Taqdim 

Jika perjalanan jauh lebih 2 marhalah, pilihlah untuk solat awal waktu dengan melaksanakan Solat Jama' Taqdim bukannya Jama' Takhir. 

Percayalah pada keberkatan solat itu ada keberkatan waktu. Sebab waktu yang berputar itu milik Allah. 

Tips #4

Basahkan lidah dengan zikir dan doa. 

Tahukan anda doa orang musafir itu antara doa yang Makbul?

Tips #5

Fikiran positif. Sebelum, dan semasa pemanduan bayangkan perjalanan yang lancar dan jangan terbayang masalah kesesakaan traffik!

Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. 
Jadi hati-hati dengan apa yang kita expect to happen. 

Itu sahaja 5 tips yang kak ju amalkan, dan Alhamdulillah dengan izin Allah, kak ju tak hadap kesesakan traffic yang teruk jika kak ju follow betul-betul 5 tips di atas. Kurang satu tips tak buat, memang selalunya kena hadap jem jugakla.. 

Ini cara dan pengalaman kak ju jika rasa ia bermanfaat boleh la amalkan bersama. Setiap berlaku dengan izin Allah. Semoga setiap perjalanan hidup kita sentiasa dipermudahkan Allah. Amin...

Wednesday, 19 July 2017

MENYEWA @ BELI RUMAH?

01:45 0 Comments



Kaju rasa Topik ni boleh kata hot jugak la. Ramai jugak yang dah bincang pasal perkara ni. Bukan takat marhaen je, tapi boleh kata semua orang melibatkan diri.

Ada macam-macam pandangan yang diberikan. Dan yang paling banyak, berbalah tentang pro dan cons menyewa daripada membeli.


“MANA SATU YANG BETUL NI?”

Boleh jadi tindakan tu akan rugikan korang, dan juga bagi untung kat korang.

Korang mesti pernah dengar kan kalau orang dulu dulu cakap, kalau ada duit baik beli rumah dulu..

Jadi, pesanan macam ni dah lama dah, dari zaman dulu-dulu lagi.

SESETENGAH PAKAR HARTANAH DAN PAKAR EKONOMI BERPENDAPAT YANG MANA LAMBAKAN PELABURAN DARIPADA LUAR MALAYSIA TELAH MENYEBABKAN HARGA HARTANAH NAIK MELAMBUNG.

ADA JUGA YANG KATA MALAYSIA AKAN JADI MACAM HONG KONG DALAM MASA 5 TAHUN AKAN DATANG.

DALAM KEADAAN MACAM TU, SIAPA YANG MAMPU MEMBELI SEKARANG TAK PATUT MENUNGGU LAGI. ADAKAH BETUL TANGGAPAN INI?

Julian Ng (JN) : Kalau korang ada aset sehingga berjumlah jutaan Ringgit, korang mampu untuk dapatkan pandangan mana-mana pakar hartanah.

Kalau tak, fokus kepada pelaburan jangka masa panjang, puluhan tahun kehadapan, dan pelbagaikan portfolio pelaburan.

Saya rasa melabur dalam kawasan lokal atau mempunyai portfolio ekuiti global tak banyak bezanya, dengan penaruhan berdasarkan andaian yang Malaysia akan menjadi seperti Hong Kong.

Apa yang korang rasa menaikkan harga hartanah, kalau bukan pelaburan yang sama yang menaikkan saham di Malaysia?

Apa yang saya boleh simpulkan, pelaburan hartanah sentiasa lebih baik dan selamat bagi jangka masa panjang kalau dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain.

Jadi, melaburlah dengan kadar risiko yang korang boleh terima.
Tahu dulu apa yang patut anda utamakan

Dari kaca mata seorang pelabur, korang boleh jadi kaya dengan aset dengan menyewa rumah murah, dan melabur duit selebihnya dalam instrumen pelaburan.

Hari ni, ada berlambak platform pelaburan yang membenarkan individu untuk melabur seperti seorang bilionair, tapi dalam jumlah yang kecil.
Yang mana satu anda patut buat?

Ada yang berpendapat kalau kita menyewa ibarat kita membakar duit sendiri sebab tak dapat apa apa aset pun setelah sekian lama membayar duit sewa rumah. Itu sebenarnya tidak betul sebab dalam menyewa juga kita boleh buat pelaburan.

Walaubagaimanapun, pemilik rumah mempunyai kelebihan untuk mendapat lebih nilai kerana mereka menggunakan modal yang lebih rendah, meminjam untuk selebihnya, mereka masih dapat memiliki aset dengan lebih tinggi pada tahun yang mendatang.

Bahagian faedah dalam pinjaman juga akan berkurang. Manakala penyewa akan berdepan dengan inflasi sewaan.

Namun begitu, jangan lupa yang pemilikan rumah datang dengan fleksibiliti kewangan yang lebih rendah.

Banyak sebenarnya faktor yang perlu diambil kira dalam isu nak membeli atau menyewa. Contohnya, adalah untuk mempunyai kestabilan dalam jangka masa pendek atau untuk melalui kepayahan dan kesusahan meminjam.


S : MENYEWA SEUMUR HIDUP SUDAH MENJADI SATU GAYA HIDUP YANG BIASA DI BARAT. MENYEWA MEMBERIKAN FLEKSIBILITI KEPADA ANAK MUDA UNTUK BERPINDAH RANDAH, DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LAIN.

MENYEWA JUGAK BOLEH MENGURANG KOS PENGANGKUTAN MASA PERJALANAN KE TEMPAT KERJA BILA KITA DUDUK DEKAT DENGAN OFIS.

TAPI, BILA SAMPAI MASA BERSARA, APA RISIKO UNTUK TAK MEMILIKI RUMAH? A) TAK ADA ASET. B) TAK ADA SUMBER PENDAPATAN?

JN : Menyewa membebaskan kita daripada berhutang seumur hidup. Kalau korang yang jenis minimalis tak nak ada hutang besar, dan sebagainya, menyewa adalah lebih sesuai.

Kalau sentiasa ada tempat untuk menyewa dengan harga yang okay, kenapa nak membeli, kan?

Pelabur (yang menyewa) adalah lebih liquid daripada pemilik hartanah.
Kelebihan power yang anda dapat bila beli rumah


S : ADAKAH TUAN MELIHAT ANAK MUDA DI MALAYSIA AKAN MENCONTOHI GAYA HIDUP MENYEWA SEUMUR HIDUP NI?

KALAU MAJORITI MEMILIH UNTUK MENYEWA DARIPADA MEMBELI, ADAKAH PASARAN HARTANAH AKAN TERKESAN?

JN : Saya rasa tak mustahil untuk anak muda di Malaysia untuk mencontohi gaya hidup menyewa seumur hidup ni.

Ramai yang mahukan rumah yang besar untuk sebab ‘vanity’. Lebih banyak penyewa akan membawa kepada lebih banyak pendapatan daripada aset hartanah.


S : APA KELEBIHAN MENYEWA DARIPADA MEMILIKI RUMAH?

JN : Menyewa akan menjadikan individu lebih fleksibel kerana mereka boleh melabur dalam portfolio yang lebih pelbagai daripada meletakkan kesemuanya dalam hartanah.

Mereka akan mempunyai lebih mobiliti untuk bergerak mencari lokasi yang lebih sesuai.

Dan sebab tak mempunyai bebanan hutang yang besar, mereka boleh fikirkan aspirasi kehidupan yang lebih besar, daripada bekerja stabil hanya untuk membayar rumah.

Tapi penyewa akan terdedah kepada inflasi dari semasa ke semasa, yang mana boleh dineutralkan dengan kenaikan pendapatan, penukaran gaya hidup dan pelaburan bijak.

Risiko lain (yang kecil) adalah ditendang keluar oleh pemilik rumah yang korang sewa.
Siapa yang lebih untung?


S : MACAM MANA PULAK DENGAN KELEBIHAN MEMILIKI RUMAH?

JN : Dengan pemilikan rumah, korang melabur dengan bantuan bank untuk mendapatkan nilai tambah dalam jangka masa panjang.

Bahagian faedah akan makin berkurang. Manakala hartanah korang pulak akan meningkat dari segi nilai. Korang mempunyai kebebasan untuk renovate rumah korang.

Tak ada orang boleh kick korang keluar. Tapi… korang akan terikat dengan bayaran loanrumah yang mengurangkan fleksibiliti korang dalam pergerakan dalam kerjaya.

Juga ada risiko yang korang meletakkan jumlah wang yang besar dalam pembangunan yang teruk.


S : UNTUK PASARAN SEKARANG SIAPA YANG LEBIH UNTUNG? PEMBELI ATAU PENYEWA?

JN : Letak tepi timing pasaran. Dan kalau korang bukan spekulator hartanah, beli kalau mampu, atau sewa dulu kalau tak mampu.

Apa pun, pastikan labur wang korang dalam instrumen yang sesuai dengan risiko yang korang boleh kawal.



Jelas lagi bersuluh. Kalau korang nak secure masa depan yang lebih cerah, baik lagi korang beli rumah daripada menyewa.

Tapi sebagai permulaan, boleh je menyewa dulu sementara korang nak sediakan diri tu.

Paling tak, beli sebiji pun dah okay. Boleh korang jadikan aset untuk melawan inflasi. Tapi pastikan korang sertakan dengan ilmu sekali.

TIPS PELABURAN HARTANAH

01:42 0 Comments



Banyak orang yang ada duit dan nak melabur, dan kebanyakan daripada mereka sangat ghairah untuk melabur dalam arena pelaburan hartanah tanpa ada ilmu yang cukup

Kak ju bukan apa takut korang tak dapat nak handle jika ada kerugian yang bukan sedikit tapi sangat besar nilainya.
kak ju yakin, mesti korang nak elakkan daripada perkara perkara seperti ini dari berlakukan? Nah!.. jom kita share sama sama ilmu ni. 

Perlu ke guru (atau mentor) yang bagus sebelum melabur dalam hartanah?

Ada yang kata “ya”. Tak kurang juga yang kata “tak.”
Ia bergantung kepada individu. Ada orang sudah jadi pelabur hartanah berjaya tanpa bantuan orang lain. Golongan ini biasanya buat dahulu, baru belajar selok-belok ilmu hartanah.
Kalau nak dibandingkan, golongan ini agak lambat nak capai tahap ‘berjaya’ daripada golongan yang ada guru atau mentor.
Sebab mentor atau guru adalah golongan yang sudah hadapi apa yang belum korang hadapi.
Pengalaman dan ilmu yang mereka ada harga yang tersendiri. Pengalaman mereka, mungkin ada yang tak tertanding oleh harta dan wang ringgit.
Cuma, korang perlu hati-hati dalam memilih mentor yang bagus. Sekarang ekonomi tengah gawat, dan ramai orang tengah terdesak. Maka akan bertambah ramai golongan “scammer” yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

kalau korang malas nak cari boleh contact nombor ni 
09-667 3630 ( vista infinity ) diorang banyak tolong kak ju dalam uusan hartanah rumah ni.. =) 
Jangan cakap kak ju tak pesan. Apa-apa pun, syukur Malaysia masih aman.

“Apa ciri-ciri seorang mentor yang bagus, ?”

#1 : Suka kongsikan pengalaman, kemahiran, serta ilmu mereka

Mentor yang baik akan bimbing kita dengan sepenuh hati, agar kita dapat capai kejayaan seperti mereka.
Kita boleh lihat sama ada mereka benar-benar serius mengajar kita, atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Sebelum berjaya meraih kejayaan sekarang, mereka juga bermula seperti kita. Kualiti ini agak sukar dicari pada zaman sekarang.
Apa-apa pun, hargai setiap ilmu yang mereka kongsikan kepada kita. Setiap ilmu yang mereka beri, wajib kita amalkan agar pelajaran tak jadi sia-sia. Jangan pula korang ambil mudah.
Fahamkan yang hidup bermentor juga perlukan masa dan komitmen yang serius untuk capai apa yang korang impikan.

#2 : Mereka yang anda boleh jadikan role model

Golongan ini tak lari daripada sifat positif dalam diri mereka. Baik daripada segi personaliti, hingga ke cara berfikir.
Sikap positif adalah kualiti yang wajib kita bentuk dan amalkan jika mahu berjaya. Ia akan mempengaruhi sikap kita secara keseluruhan.
Kita akan jadi lebih mudah menilai setiap pilihan yang ada, bergantung kepada jenis situasi yang kita sedang hadapi.
Perhatikan jika mentor kita ada sifat ini. Jika mereka lebih ke arah negatif, kak ju nasihatkan lebih baik korang jauhkan diri.
Kita boleh anggap kualiti ini (sifat positif dan negatif) macam ubat dan penyakit. Risau kalau sifat negatif itu berjangkit kat korang. Tak best pula jadinya nanti.

#3 : Komited untuk bina hubungan baik dengan anda

Apabila bercakap pasal isu tanggungjawab, mentor yang bagus tak akan sekali-kali abaikan pelajar mereka.
Jangan terkejut kalau kena marah sebab korang tak buat apa yang mereka ajar.
Bukan apa, itu sebagai bukti yang mentor korang sayang kat anak murid mereka. Mentor korang cukup serius nak ajar korang sampai berjaya.
Jangan sampai mereka patah hati ajar korang. Korang juga yang rugi nanti.
Cara komunikasi antara dua pihak yang baik jadi peranan penting dalam hal ini. Selain itu, mereka juga akan latih korang bina kekuatan mental, cara berfikir yang betul, serta membina sifat-sifat positif yang lain.

#4 : Jenis yang tak lokek berkongsi ilmu

Kita boleh lihat sama ada seseorang itu benar-benar ikhlas berkongsi ilmu atau sebaliknya.
Kalau mentor itu tak tunjukkan sebarang semangat positif yang tinggi sewaktu mengajar, elok jauhkan diri daripada mereka.
Kak ju tak suka korang buang masa dengan orang yang salah, sebab masa amat berharga.
Bagi kak ju, tak susah mahu tengok seseorang itu benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

#5 : Sentiasa nak anda capai result pelaburan yang baik

Sebelum  terlupa, baik korang cari mentor yang “result-based.”
Maksudnya, mereka yang ada nama dalam industri dan sudah hasilkan “result”. Tak perlu buang masa belajar dengan orang yang belum ada hasil. Dah tentu korang nak cepat berjaya, kan?
Tapi, korang kena tahan sikit belajar dengan golongan ini. Sebab kalau korang tak buat apa yang diajar, silap-silap kena maki. Itu sebab korang kena amalkan “mindset” positif.
Marah itu tanda mentor itu sayang kat korang. Sebab mentor korang harapkan korang jadi lebih baik daripada mereka.
Mentor jenis ini sentiasa tambah ilmu baru dalam diri mereka, kemudian akan mereka kongsikan kepada korang.

Perkara #4 : Boleh ke jadi pelabur hartanah kalau tak ada duit? 

Ramai yang tak tahu, tapi suka bercakap macam dia tahu. korang boleh mula melabur walaupun tak ada duit, korang percaya tak?
Sentiasa buka minda kita sebab ada caranya. Banyak orang dah buat pun.
Strategi ini digelar OPM (other’s people money/duit orang lain). Maknanya, korang gunakan duit orang lain untuk mulakan pelaburan hartanah.
Strategi ini tak sesuai untuk semua orang. Tapi bagi mereka yang sanggup belajar, tak mustahil strategi ini boleh kembangkan portfolio pelaburan mereka.
Korang boleh anggap strategi ini sebagai alat bantuan dalam pelaburan hartanah.
Kunci utama untuk mulakan pelaburan hartanah jika tak ada duit, adalah dengan gunakan kemahiran atau kelebihan yang orang lain tak ada sebagai “pengeras.”
Ini termasuk masa, kreativiti, ilmu, kenalan (“networking” kita), atau sebagainya.
Tak dinafikan, dengan duit, lebih mudah untuk kita “close deal”. Tapi tak semua perkara gunakan duit semata-mata.
Yang penting, korang mesti tahu objektif yang mahu dicapai. Agar boleh korang rangka pelan dan strategi berkesan, tanpa jadikan duit sebagai alat utama.

3 strategi mulakan pelaburan hartanah tanpa gunakan duit sendiri

#1 : Guna duit orang yang paling dekat dengan anda

Kalau dalam istilah mat saleh, ia dinamakan “private money lender.”
Ia melibatkan ahli keluarga dan bukan seperti mana-mana badan pinjaman peribadi seperti pihak bank, pemberi pinjaman berlesen, dan sebagainya.
Strategi ini biasanya dijamin oleh surat aku janji atau surat ikatan amanah yang dipersetujui dua belah pihak (peminjam dan yang meminjam).
Peminjam jenis ini ada 3, iaitu:
  • Primary Circle: Keluarga, kawan rapat, jiran, atau rakan pejabat. Mereka adalah orang yang rapat dan percaya pada kita.
  • Secondary Circle: Golongan ini terdiri daripada kenalan ahli keluarga kita, jiran kita, kawan rapat kita, atau rakan pejabat kita.
  • Third Party Circle: Mereka ini tergolong daripada senarai “networking” kita, orang luar yang kita tak kenal, mereka yang kita dapatkan melalui iklan, pelabur yang ada nama dalam industri, atau lain-lain.

#2 : JV dengan rakan kongsi yang anda percayai

Mungkin bukan satu kerja yang senang untuk dapatkan rakan kongsi yang baik. Tapi, pasti ada cara terbaik yang boleh korang buat untuk tarik dan kunci minat mereka.
Antara strategi yang korang boleh gunakan adalah seperti :
  • Berkongsi objektif pelaburan yang sama.
  • Jelaskan kepada mereka hasil yang anda harapkan dalam pelaburan yang dibuat.
  • Sentiasa bersikap adil. Amalkan “win-win situation.” 
  • Jangan berjanji secara lebih-lebih dan amalkan “over-deliver” janji anda.
  • Berkomunikasi secara berkesan setiap masa agar dua belah pihak sentiasa jelas.
Selain ini, dinasihatkan korang rangka pelan pelaburan yang “solid” serta “exit strategy” yang mantap. Korang juga boleh tunjukkan rekod pelaburan sebelum ini untuk yakinkan mereka.

#3 : Jadi broker sampingan, buat ‘duit tepi’

Okay. Tok faham korang tak ada modal nak mulakan pelaburan (atau korang pilih untuk tak gunakan duit sendiri untuk melabur).
Tak ada masalah. Tok nak kongsikan satu lagi strategi yang menarik yang boleh korang guna.
Korang perhatikan diri sendiri. Mungkin korang hebat dalam mencari tawaran pelaburan dengan pulangan yang tingg

Ini satu kelebihan yang boleh korang guna untuk tarik minat pelabur keluarkan modal.
Bab pembahagian keuntungan pula bergantung kepada kepakaran korang untuk capai persetujuan dengan si peminjam. Yang pasti, korang tetap untung, tanpa keluarkan modal sendiri.